Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsikan sedikit tentang teknologi hijau.
Mungkin ada antara kita yang tak tahu apa itu teknologi hijau. Saya pun sama. Saya tahu berkenaan teknologi hijau masa saya jadi pembantu penyelidik di UKM tahun 2013 di mana geran penyelidikan saya berkenaan tenaga boleh baharu (salah satu sektor dalam teknologi hijau). Alhamdulillah, itulah permulaan semangat saya untuk sambung belajar dalam bidang ini.
Teknologi hijau secara umumnya adalah satu aplikasi, sistem, produk atau peralatan yang mempunyai ciri-ciri memelihara alam sekitar atau mesra alam. Sebarang produk yang dibina yang tidak membebankan alam sekitar akan dilabel sebagai produk hijau.
Sebagai contoh saya boleh beri, kereta elektrik. Kereta berkenaan tidak akan mengeluarkan asap dan membinasakan alam sekitar.
Selain tu, produk seperti peti ais dan alat elektrik lain juga telah banyak dibangunkan dan dilabelkan sebagai produk hijau di mana penggunaan elektrik yang minimum juga membantu kepada penjagaan alam sekitar.
Kerajaan sekarang telah membangunkan tenaga boleh baharu seperti solar untuk menggantikan arang batu sebagai salah satu bahan untuk menjana elektrik.
Walaupun kita menggunakan bahan solar, ia tidak sepatutnya digunakan secara berlebih-lebihan. Perlu berhemah walau apa barang yang kita guna.
Itu sahaja perkongsian kali ni. InsyaAllah saya akan kupas lagi tentang teknologi hijau dengan lebih dalam.
Terima kasih sebab sudi membaca penulisan yang tak seberapa ni. 🤗
留言