top of page

Cikgu Izan

Semuanya tentang hijau 

'It's all about green'

Pengalaman berpuasa di UPSI

Writer's picture: Norizan HassanNorizan Hassan

Updated: Jul 9, 2018


Assalamualaikum.


Tetibe malam ni rase nak throwback zaman ijazah di UPSI dulu. Ya, saya sepatutnya jadi seorang guru ekonomi di sekolah menengah tapi saya pilih untuk sambung belajar walaupun sekarang bidang berbeza. Ilmu Allah sangat luas kan. Belajar je selagi boleh belajar. 😊😊😊 Malam ni saya rasa nak kongsi berkenaan pengalaman berpuasa masa di UPSI. Banyak sangat kenangan sebab memang selama belajar di sane tak pernah dapat puasa di kampung halaman. Hahaha. 😅😅😅 Antara kenangan yang paling saya ingat :

  1. Kelas pukul 8 malam, tapi saya perlu pergi kampus pukul 6.30 untuk elakkan sesak bile naik bas. (Slalu kesesakan luar biase smpai berebut dan pin tudung pon tercabut. Kah3 😂) Jadinye berbuke kt surau kampus dan hanya berbuka dgn kuih😁

  2. Kelas pukul 5-7 petang dan pensyarah hanya bagi keluar hampir pukul 7. Makanan dijual semua dah abes. Sadis. 😅

  3. Sehari sebelum nak raya, saya balik naik 3 bas -masa ni Puduraya renovate (tg malim-pudu-bukit jalil-jb) 😅

  4. Ramadhan tahun 2008 saya pernah puasa 3 bulan (rejab, syaaban, ramadhan) untuk kuruskan bdn. Saya berbuka dengan oat sahaja dan sahur roti. Turun berat tak? Turun 5kg sahaja dan bila saya ceritakan pada kawan-kawan, kena gelakkan sebab sikit sangat turun kilonya. Hahahah. Jangan tiru crash diet sebegini. Masa tu tak ada ilmu diet. 😅

  5. Terawih ramai-ramai kt foyer kolej. Kolej kediaman saya macam apartment. Ade 3 blok. Foyer dan dataran badminton jadi tempat solat terawih. 😉

  6. Belakang kolej saya ade 1 kolej kediaman lain, Di situ la ada bazar ramadhan. Senang nak cari makanan selain dari kafe kolej. 😎 Kenapa saya kongsikan pengalaman di UPSI sahaja dan bukan di UKM? Sebab di UKM saya tidak pernah dapat berpuasa di sana. Bila smpai je bulan puasa mesti dah cuti semester. Alhamdulillah ade jugak kenangan berpuasa dengan kawan-kawan. Terima kaseh sbb sudi bc coretan pjg sy ni. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dr sebelumnya. Selamat bersahur dan slmt berpuasa pd kwn2 semua. 😊😊



55 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page