Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Perkongsian ilmu hari ni adalah berkenaan adab manusia terhadap haiwan sembelihan. Betapa Islam sangat mementingkan penjagaan rapi kepada haiwan sembelihan/korban: 1. Pastikan tiada sebarang kecederaan pada haiwan sblm sembelihan
2. Haiwan perlu direhatkan selama 12 jam sebelum sembelihan.
3. Alatan untuk sembelihan perlu diasah sehingga tajam.
4. Berbuat baik kepada haiwan sembelihan.
5. Tidak menyembelih haiwan tersebut di depan haiwan-haiwan lain.
6. Semasa pra sembelihan, ketika sembelihan dan post sembelihan, perlu menepati ciri2 yang ditetapkan syariah dan perlu mementingkan kebersihan.
7. Tidak menggunakan alat pelalian (stunning) yang berlebihan, kerana mungkin diragui sebab kematian haiwan sama ada kerana sembelihan atau kerana alat tersebut.
8. Memastikan haiwan tersebut sihat dan sedar ketika sembelihan nk dijalankan (haiwan yg mamai dan pengsan tidak boleh disembelih).
9. Mementingkan aspek kebersihan dari semua sudut seperti bersih tempat penyembelihan, kandang haiwan, alatan sembelihan dan tempat penyimpanan daging sembelihan.
10. Tidak memukul atau mendatangkan kecederaan pada haiwan. Akan tetapi, apa yg kite lihat ketika ini, begitu banyak umat Islam tidak menitikberatkan aspek ini. Sewenang-wenangnya memukul, menendang, mengetok dengan kayu dan membutakan mata haiwan sebelum disembelih. Apa hak kita buat mcm tu? Xde.. xde hak lgsg. Sungguh saya sgt terkesan dgn video yg ditunjukkan oleh sahabat saya.. betapa kejinya umat Islam di negara Islam melayan haiwan sembelihan.. Allahurabbi. Semoga kita umat Islam di Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip agama Allah.. layan sebaik2 makhluk Allah.. kerana kita juga makhluk Allah..