top of page

Cikgu Izan

Semuanya tentang hijau 

'It's all about green'

Tips Untuk Sentiasa Merasa Cukup

Writer's picture: Norizan HassanNorizan Hassan

Updated: May 25, 2018

Assalamualaikum.


Hari ini saya ingin kongsikan berkenaan tips untuk sentiasa merasa cukup dengan semua kurniaan Allah.


Tips untuk sentiasa merasa cukup. Merasa cukup disini bermaksud sentiasa rasa cukup dengan apa yang ada, sentiasa rasa tidak lebih dan tidak kurang, dan sentiasa rasa berkat dengan apa yang diperoleh. Antara tips yang boleh diamalkan ialah:

1. Berdoa dan amalkan ayat 1000 dinar.

  • Berdoa untuk sentiasa merasa cukup dengan kurniaan Allah. Dan mengamalkan ayat 1000 dinar untuk dapatkan rasa ini. Ramai kata ayat 1000 dinar untuk kaya, tetapi istilah yang lebih tepat ialah ayat ini untuk sentiasa kita merasa cukup. Kan kita selalu anggap kalau kita kaya baru kita rasa cukup kan? 😉

2. Sentiasa bersyukur.

  • Ini sangat penting. Sebab dengan bersyukur, Allah akan gandakan lagi nikmat. Ingat tu.

3. Tidak merungut.

  • Jangan sesekali merungut kalau kita tak dapat sesuatu. Kita takkan pernah tahu apa yang Allah rancang untuk kita. Percaya pada Allah, usaha dan serah pada Allah.

4. Tidak membanding-bandingkan.

  • Bandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada itu satu tindakan tidak bersyukur. Nasib kita semua tidak akan sama. Percaya dengan jalan hidup sendiri yang Allah dah tetapkan.

5. Bersedekah

  • Sentiasa bersedekah dapat lahirkan sifat bersyukur dalam diri. Sifat sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah bagi kerana ramai lagi Allah uji dengan kesusahan yang mungkin kita tak mampu hadapi.

Semoga 5 perkara ini dapatkan jadikan kita manusia yang sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang Allah beri. Sahabat semua dialu2kan untuk menambah tips yang lain.

Semoga bermanfaat 😊






171 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page