top of page

Cikgu Izan

Semuanya tentang hijau 

'It's all about green'

[APPLICATIONS] Aplikasi Bantu Tingkatkan Fokus

Writer's picture: Norizan HassanNorizan Hassan

Updated: May 25, 2018

Assalamualaikum. 😊



Hari ini saya nak kongsikan berkenaan aplikasi telefon yang boleh digunakan untuk membantu kita fokus dalam kerja yang kita lakukan. . Ada 4 aplikasi telefon (android) yang telah saya guna dan ini merupakan ranking yang saya letakkan untuk aplikasi yang terbaik hingga yang biasa saje (tapi masih boleh digunakan). . Aplikasi:

1) Forest


  • Aplikasi ni paling menarik. Sebab boleh bermain game tanam pokok.

  • Kalau kita tamatkan tempoh di tengah-tengah waktu yang dah di set, pokok akan mati.

  • Agak mendorong kita untuk bertanggungjawab gak la 😅.

  • Semasa timer dah bergerak, kita tak boleh keluar dari aplikasi. Kalau keluar, pokok mati. 😁

  • Kalau berjaya tamatkan ikut masa yang kita dah tetapkan, dapat point dan point tersebut bile dah banyak, boleh la kita beli jenis pokok lain.

  • Tak pun jenis lagu lain yang boleh digunakan masa kita buat kerja.

  • Jangka masa untuk kite buat kerja pun boleh ditentukan dalam aplikasi ini.



2) Pomodoro timer lite


  • Ini aplikasi inspirasi daripada teknik pomodoro.

  • Teknik ni mengamalkan 25 minit fokus dan 5 minit rehat untuk setiap sesi.

  • Kita perlu letak apa tugasan yang kita akan selesaikan dalam masa 25 minit.

  • Kemudian kita tekan butang start dan jam berdetik sehingga habis 25 minit.

  • Kemudian 5 minit akan diperuntukkan untuk rehat.

  • Teknik ni sangat terkenal dan efektif untuk kite kekal fokus dan dalam masa yang sama kita tak stress berjam-jam siapkan kerja. 😂


3) Tide


  • Aplikasi ni ikut kaedah pomodoro juga.

  • Yang menariknya, ia menyediakan juga beberapa bunyi dan alunan yang menenangkan untuk temani kita masa buat kerja.




4)Engross


  • Aplikasi ini boleh ditetapkan masa yang diperlukan.

  • Bila kita terasa distracted, boleh tekan butang di aplikasi ini berulang-ulang kali.

  • Mungkin tekan banyak-banyak boleh bantu kita hilangkan gangguan ketika buat kerja 😂.




Ini hanyalah pendapat peribadi saya. Mungkin sahabat semua boleh cadangkan aplikasi lain dalam ruangan komen untuk manfaat bersama.

Teknologi dicipta bukan untuk kita gunakan ke arah tidak baik tetapi teknologi dicipta untuk membantu kita lakukan perkara dengan lebih baik. InsyaAllah.


Sebarang soalan atau topik yang ingin saya kupas, boleh komen di bawah ya. 😊

15 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page