Hai dan assalamualaikum. Hari ini saya nak perkenalkan sebuah buku.

Ini buku pertama saya. Kolaborasi bersama majikan saya di UKM dulu. Saya kerja dengan beliau sebagai pembantu penyelidik. Geran yang bayar gaji saya tu perlukan output penyelidikan. Dan output tersebut ialah 1 artikel jurnal, 1 persidangan akademik dan 1 buku. Semua artikel jurnal dan persidangan saya selesaikan pada tahun 2014. Begitu juga dengan buku ni. 2014 saya siapkan. Tapi penerbitan buku kat universiti memang ambil masa yang lama kerana perlu tunggu giliran, ramai pensyarah nak terbitkan buku juga. Bila tengok buku ni, macam rasa tak percaya saya dapat siapkan buku ni. Hampir 80% saya siapkan sendiri dan 20% lagi adalah daripada dapatan kajian pembantu penyelidikan majikan saya yang lain. Dalam buku ni banyak gambar. Saya suka letak gambar dalam kajian saya. Yang penting mesti ada figure macam gambarajah ke jadual ke. Baru seronok pembaca nak baca. Tesis saya pun saya letak banyak figure. 😉 Alhamdulillah semua ni buahkan hasil. Terima kasih juga kepada majikan saya Dr Ruzian sebab sudi beri saya peluang untuk buat buku ni. Beliau juga menyumbang banyak perkara dalam menguruskan penerbitan buku ni. Beliau merupakan pensyarah yang sangat-sangat baik dan saya berhasrat mahu menjadi sebaik beliau jika saya berpeluang bergelar pensyarah satu hari nanti. Aamiin insyaAllah Buku ni boleh beli di laman web Penerbit UKM dengan harga RM35. InsyaAllah buku ni boleh beri gambaran awal berkenaan tenaga hijau dan teknologi hijau. Kalau sahabat semua tiada background hijau ni, jangan risau, ayat semua mudah difahami dan boleh memberi kefahaman kepada sahabat semua tentang apa itu tenaga hijau dan teknologi hijau. Jika mahu saya belikan juga bole, bole komen dibawah ni ya😉
Comments