
Tadi tengok banyak lagi stok kekacang. Maka jadilah granola bar. Atau dikenali juga sebagai energy bar. Ni resepinya:
100g kacang badam
100g kacang gajus
100g biji labu
100g oat
30 biji kurma
Cara menyediakan:
Hancurkan kurma dulu.
Bahan lain pula sangaikan tanpa minyak di kuali atau bakar kejap di oven.
Pastu blender separuh kekacang sampai hancur dan separuh lagi blender kasar je. Baru la ade rasa crunchy kan. Hehe.
Pastu gaulkan bersama dengan puri kurma tadi. Masa ni memang guna dua2 tangan dan tangan bakal sado. Haha 😂
Masukkan dalam peti ais.
Biarkan sekejap dan potong. Potong kepada 20 bahagian.
Satu bahagian cuma 137kcal sahaja. Boleh buat snacking dan juga untuk pre/post workout. Bole juga guna bahan yang anda suka. Resepi di atas cuma cadangan sahaja. . Rasa dia macam mana? Rasa sangat sedap. Macam kuih kacang. Manisnya asli sebab datang dari kurma dan kekacang itu sendiri. 😋 . Selamat mencuba.😉
Comments