Hai Assalamualaikum.
Hari ni akak nak kongsikan resepi nasi goreng telur yang sihat 😆. Dalam gambar di bawah ini adalah separuh daripada yang dimasak. Sebenarnya masak untuk 1 kali makan, tapi bila dah masak jadi banyak. Jadinya dibahagikan lunch dan dinner sekali. Resepi ni memang portion untuk sekali makan. Akak je yang buat 2x makan sebab tadi ada makan skewer tempeh sekali kan, tu yang kenyang. Hidangan ni cuma 266kcal sahaja. Boleh buat sarapan atau lunch.

Bahan-bahan: 1. Nasi 100g (1/2 cup) 2. Sebiji telur (nak tambah ayam pun boleh) 3. Bawang putih 2 ulas 4. Brokoli 1 cup 5. Baby carrot 3 batang 6. Chilli flakes 7. Lada hitam 8. Liquid amino/garam/sos ikan (untuk nasi goreng ni akak guna liquid amino, tapi bole guna garam atau sos ikan sebagai bahan perasa) 9. Minyak 1/2 sudu kecil Cara-cara: 1. Panas minyak atas kuali dan masukkan bawang putih yang dah dihiris halus. 2. Kemudian masukkan brokoli dan carrot. Biarkan sekejap untuk empukkan brokoli dan carrot tu. Boleh letak air sedikit tapi kalo tak letak pun takpe. Nanti brokoli tu lembut sendiri. 3. Masukkan telur. 4. Masukkan nasi dan gaul dengan telur tu biar nasi jadi warna kuning sebab telur. Hihi😂 4. Masukkan liquid amino, lada hitam dan chilli flakes. Kalo tak tahan pedas, bole kurangkan. 5. Masak sehingga semua sebati. 6. Siap dihidang! 😊 Boleh letak cili padi. Akak tak boleh makan pedas dari cili padi, jadinya akak tak letak pun. Ikut citarasa masing-masing. Sayur pon boleh je apa2 sayur. Selamat mencuba 😉.
Comments