Hai dan Assalamualaikum.
Hari ni akak rasa macam nak buat sate ayam. Tapi versi sihat punya. Maka jadilah sate ayam ini atau dikenali jugak sebagai chicken skewer.
Gambar di bawah ni belum dimasak lagi.

Ok, ini bahan-bahannya:
1 bahagian dada ayam lebih kurang 200 gram
1 biji lada benggala (capsicum)
Setengah biji bawang besar
Serbuk lada hitam
Kepingan cili
Sedikit garam
4-6 cucuk lidi sate
Cara buat:
Perapkan ayam bersama-sama dengan serbuk lada hitam, kepingan cili dan garam.
Potong capsicum dan bawang dalam bentuk 4 segi seupaya mudah untuk dicucuk dengan lidi sate nanti
Cucukkan ayam, capsicum dan bawang secara berselang. Akak letak capsicum, bawang, kemudian baru ayam. Dan ulang sampai penuh lidi sate tu.
Boleh simpan atau masak terus.
Panggang selama 10 hingga 15 minit. Dada ayam sangat cepat masak, jadinya tak perlu lama-lama sangat.
Ok sedia dihidang bersama nasi panas! :)
P/S: Boleh guna rempah perapan lain seperti cajun, cinnamon, oregano, mixed herb dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing. Untuk lebih nampak menarik, boleh tambahkan madu dan tinggalkan sebahagian untuk disapukan pada sate semasa dipanggang. Jadi lebih menarik dan sedap. :)
Comments