top of page

Menu Sihat Untuk Sahur l Healthy Menu For Sahur

Writer's picture: Norizan HassanNorizan Hassan

Updated: Jul 9, 2018

Assalamualaikum dan selamat berpuasa 😘

Mesti ramai yang jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan bonus untuk turunkan lebih berat badan kan. Saya pon sama! 😅

Ini ada beberapa menu yang boleh dijadikan sebagai menu sahur. Nak makan selain daripada menu2 ni pon takpe. Ini sebagai cadangan sahaja. 😘 Boleh rujuk gambar di bawah.



Menu sahur: 1) Banana oat smooties

Resepi ini amat mudah. Perlukan beberapa bahan dan sangat mengenyangkan.


Bahan-bahan:

Oat

Serbuk susu skim

Pisang

Serbuk koko

Sedikit madu

Air


Cara menyediakan:

Kisar kesemua bahan dan sedia diminum.




2) Roti celup telur

Roti celup telur ini juga mudah disediakan dan sedap.

Bahan-bahan:

2 biji telur

2 keping roti

Garam atau perasa lain


Cara menyediakan:

Kocak 2 biji telur terlebih dahulu. Celup roti kedalam telur tadi. Dan goreng tanpa minyak di atas kuali yang tidak melekat. Atau boleh diletak minyak zaitun sesudu. Angkat dan sedia dimakan.



3) Energy bar + susu coklat (guna susu skim)


Resepi energy bar ini boleh diperoleh di sini. Susu skim yang boleh digunakan ialah jenama sunlac. Dan terdapat juga beberapa susu skim jenama lain yang

sesuai untuk diet. Resepi energy bar boleh didapati di sini.






4) Roti dan peanut butter. Saya beli dari thejawkisser.




Peanut butter mesti dipilih dengan betul sebab kebanyakan peanut butter di pasaran ditambah dengan gula yang berlebihan. Boleh juga buat sendiri di rumah. Mudah sahaja. Saya akan sediakan di post berasingan. Insya Allah.









5) Oatmeal

Oatmeal ini mempunyai pelbagai versi. ikut kreativiti kita untuk jadikan hidangan oat ini nampak menarik dan sedap. Dalam gambar ini hanya memerlukan 4 bahan iaitu:


Oat

Susu skim

Chip coklat

Chia seed


Oat dan susu direndam sebentar dengan air panas. Kemudian taburkan bahan lain. Sedia dimakan!

6) Tortilla (mission) + telur + sayur

Hidangan ini juga sangat mudah dan tak perlukan banyak masa untuk sediakan.

Bahan-bahan:

Tortilla jenama mission

Sebiji telur

Sayur ulam seperti lettuce dan tomato


Cara menyediakan:

Tampal telur di permukaan tortilla ini. Kemudian taburkan herba dan garam secukup rasa. Dan letak sayur. Kemudian lipat dan sedia dimakan!




7) Salad ayam

Salad ayam juga mudah disediakan. Kita perlu panggang ayam bahagian dada terlebih dahulu. Potong kecil bersama sayur ulaman dan tomato. Perahkan sebiji limau. Gaul dan sedia dimakan!









8) Hidangan nasi

Selain daripada makanan di atas, kita boleh juga menikmati hidangan nasi pada waktu sahur. Tiada masalah. Antara menu yang boleh saya cadangkan ialah ayam bakar, ikan bakar dan telur dadar. Untuk sayur, digalakkan untuk mengambil sayur-sayur ulam.




Mungkin ada yang tak boleh lalu nak makan oat ke kan, nasi pon boleh. Asalkan pengambilan harian kita tak lebih dari yang sepatutnya.

Selamat bersahur dan selamat berpuasa 😉

 
 
 

Comments


© 2018 by Izandietke Journey. Proudly Created with Wix.com

bottom of page