
Assalamualaikum. Harini saya akan kongsikan satu resepi.
Ini resepi urap pegaga. InsyaAllah
sihat dan sedap. Selamat mencuba.😉
Bahan-bahan:
Kelapa parut
Ikan bilis
Bawang putih
Cekur
Belacan (Sedikit sahaja, ini hanya optional)
Cili padi
Limau kasturi 1-2 biji
Gula dan garam
Minyak sedikit sahaja (Kalau guna air fryer lebih baik)
Daun pegaga
Taugeh
*Boleh juga sayur lain ikut citarasa masing-masing 😉
Cara masak:
Goreng kelapa parut sampai kekuningan dan sampai tak basah lagi, tapi jangan terlalu kering. Cukup sekadar dah tak ada air lagi kat kelapa parut tu.
Ikan bilis digoreng garing (saya guna air fryer).
Bumbu: bawang putih, cekur, belacan, cili padi digoreng sehingga layu.
Tumbuk bumbu dan perahkan limau kasturi, perasakan dengan gula dan garam (jika letak belacan, jangan letak banyak garam).
Setelah lumat, masukkan kelapa parut dan tumbuk secara kasar sehaja.
Kemudian masukkan sayur pegaga dan taugeh, gaulkan dan layukan sekejap dalam kuali. Jangan lama-lama sebab nanti sayur jadi tak rangup lagi 😁
Sedia untuk dimakan!
Mesti cuba!
Comments