Assalamualaikum,

Post ni akan jelaskan serba ringkas berkenaan isi kandungan artikel. Saya hanya fokus pada bidang sains sosial dan mungkin untuk bidang sains tulen boleh juga guna pakai. Ini merupakan isi kandungan standard atau wajib ada dalam sesebuah artikel. Ada 7 iaitu:
1. Pengenalan/pendahuluan
Dalam bahagian ni hanya perlu ceritakan serba sedikit tentang latar belakang kajian dan masalah kajian. Tidak perlu panjang-panjang, memadai dalam 2 perenggan. Pada perenggan akhir jangan lupa untuk letakkan objektif kajian kita. Dalam bahagian ni juga boleh digabungkan sekali dengan kajian lepas dan metodologi. Tetapi asingkan lebih nampak tersusun.
2. Kajian lepas
Gabungkan semua kajian-kajian terdahulu yang dijadikan rujukan untuk bina artikel kita. Lebih banyak lebih kukuh artikel kita.
3. Metodologi
Kaedah kajian paling penting dalam kajian. Jadinya, kita perlu jelaskan dengan terperinci kaedah kajian yang digunakan, cara kutip data dan cara analisis data.
4. Hasil kajian
Bahagian ini perlu digabungkan semua hasil kajian yang diperolehi. Lampirkan apa yang terhasil dari kajian kita seperti gambarajah, jadual dan sebagainya. Dalam bahagian ini boleh juga digabungkan dengan perbincangan. Jika asingkan pun tiada masalah.
5. Perbincangan
Dalam perbincangan ini, penulis perlu justifikasikan hasil kajian yang diperolehi. Jelaskan dengan lebih terperinci dan kemukakan sebarang cadangan penambahbaikan.
6. Rumusan/kesimpulan
Bahagian ini walaupun dilihat sebagai remeh tetapi sangat penting. Rumuskan apa yang kita peroleh daripada kajian kita. Boleh letakkan point untuk lebih mudah nampak. Hanya memerlukan dalam 1 perenggan sahaja.
7. Rujukan
Akhir sekali, semua bahan yang kita rujuk perlu dicoretkan di bahagian ini. Untuk zaman kini, software seperti Mendeley dan Endnote dijadikan sebagai pengurusan rujukan. Hanya klik dan muncul di bahagian rujukan 😁
Ini hanya sebagai asas dalam sesebuah artikel. Kita juga boleh pelbagaikan corak pembinaan artikel kita. Semuanya tergantung pada kita. Jika tidak mahu gunakan perkataan hasil kajian, boleh digunakan tajuk lain yang membawa maksud yang sama. Yang penting, 7 perkara ini perlu ada dalam artikel dan sampai kepada pembaca.
Commenti