top of page

Cikgu Izan

Semuanya tentang hijau 

'It's all about green'

Kepentingan Abstrak Dalam Artikel

Writer's picture: Norizan HassanNorizan Hassan

Assalamualaikum,



Hari ni saya nak menerangkan sedikit tentang abstrak dalam artikel jurnal. Kenapa abstrak perlu direka dengan baik? Kenapa abstrak sangat penting? Moga beroleh manfaat.

Apa itu abstrak? Abstrak adalah satu ringkasan berkenaan kajian yang kita coretkan dalam artikel. Abstrak merangkumi keseluruhan artikel kita. Abstrak dibina antara 200-300 patah perkataan sahaja.


Kepentingan abstrak kajian:


1) Tunjang artikel.

  • Tanpa abstrak, artikel seolah-olah kehilangan sesuatu. 

  • Untuk penyelidik, mereka perlu membaca banyak artikel. Dengan adanya abstrak, mereka dapat membaca keseluruhan artikel dengan hanya 1 perenggan ringkas pada awal artikel. 

  • Jika artikel berkenaan sesuai dengan kajian mereka, barulah mereka akan baca keseluruhan artikel. 

  • Abstrak ini akan memudahkan para penyelidik untuk mencari artikel yang sesuai dengan kajian masing-masing.

2) Rumusan kajian

  • Semua artikel ada rumusan pada bahagian akhir. 

  • Tetapi abstrak memainkan peranan untuk menceritakan tentang keseluruhan artikel dengan hanya 1 perenggan dan abstrak berada di awal muka surat artikel. 

3) Mencerminkan keseluruhan artikel

  • Abstrak dapat melambangkan keseluruhan artikel. 

  • Dengan adanya abstrak yang lengkap dengan item seperti objektif, metode, hasil kajian dan rumusan, ia dapat melambangkan bagaimana isi kandungan artikel itu. 

  • Oleh itu, abstrak perlu direka dengan baik dan padat.

Sebelum ni saya ada belajar bagaimana untuk bina abstrak semasa di UKM dan di UTM juga. InsyaAllah jika ada yang memerlukan, saya akan jelaskan pada post akan datang.

Moga beroleh manfaat. 😊

716 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page