top of page

Cikgu Izan

Semuanya tentang hijau 

'It's all about green'

Persediaan Menghadiri Persidangan Akademik (Conference)

Writer's picture: Norizan HassanNorizan Hassan

Assalamualaikum.



Hari ini saya ingin berkongsi tentang persediaan untuk menghadiri persidangan akademik atau dikenali sebagai konferens.

1. Yuran

  • Yuran ni amat penting individu seperti saya yang kekurangan dana. Hehe. 

  • Saya akan pilih untuk pergi ke persidangan yang murah bawah RM1000 dan menjanjikan penerbitan walaupun hanya jurnal tempatan. 

  • Tak apa, sebab kita hadir persidangan bukan sahaja untuk penerbitan, tapi untuk asah skill penulisan, percakapan depan khalayal dan menimba pengalaman daripada pakar yang turut hadir. 

  • Saya juga akan pilih untuk hadir ke persidangan yang tiada janjikan penerbitan jurnal tapi dengan syarat yurannya hanya RM500 ke bawah. 😅 (sekali lagi, ini untuk membina tahap keyakinan saya di khalayak dan skill penulisan saya.

2. Penerbitan

  1. Ada persidangan yang menjanjikan penerbitan di jurnal antarabangsa dan tempatan. Pilihan semua di tangan kita. 

  2. Tapi sila berhati-hati sebab kes penipuan pernah berlaku Bayar beribu tapi tidak diterbitkan. 

  3. Pernah terjadi pada saya dan no ISBN pun tidak diberi walaupun telah dijanjikan. 

  4. Dapatkan pandangan dari pensyarah dan orang yang berpengalaman.

3. Tema persidangan

  • Sebaiknya dapatkan persidangan yang fokus pada tema-tema yang berkaitan dengan kajian kita.

  • Kebanyakan persidangan, walaupun kajian kita tema tak sama dengan kehendak mereka, mereka tetap terima artikel kita.

  • Mungkin kerana berbayar atau sebab artikel kita ada sedikit kaitan dengan tema yang dikehendaki.

4. Format artikel

  • Penulis perlu ikut format yang ditetapkan. 

  • Jangan ikut kebiasaan kita tapi ikut kehendak pihak persidangan. 

  • Ini memudahkan pihak persidangan sekaligus memudahkan kita dari perlu membaiki format artikel pada saat akhir. 

  • Format ni sangat penting untuk jadikan semua artikel seragam. Bab ni perlu sangat teliti. 😅

5. Slaid pembentangan

  • Ada antara kita yang keliru bila nak buat slaid pembentangan. Mesti terfikir macam mana nak jadikan slaid lebih menarik. Dan ada juga yang buat slaid sampai 30 slaid. Slaid pembentangan hanya perlu dalam 15 slaid sahaja.

  • Apa yang boleh saya cadangkan, minimumkan perkataan dalam slaid kita. Kebanyakan penonton/pendengar tidak mahu membaca apa yang ada di slaid kita (terutamanya jika karangan), dan mereka hanya ingin mendengar penjelasan dari kita.

  • Jika ingin jadikan slaid kita lebih menarik, boleh letak gambar, jadual atau gambar rajah. Tapi jangan pula letak animation semua tu ya, sebab kita ingin menarik minat pakar akademik di hadapan kita dan bukan kanak-kanak. 😅 Jika tiada sebarang imej, gambar atau jadual, letak point penting sahaja. Limitkan 5 point dalam satu slaid dengan maksimum 10 perkataan dalam satu point.

6. Teknik ketika membentang

  • Selalunya para pembentang diberi masa hanya 10 minit. Pembentang perlu pantas menerangkan dan padat dalam isi pembentangan itu. 

  • Sebab itu slaid perlu ringkas sahaja. Pengenalan, metodologi, kajian lepas, tidak perlu jelaskan lebih panjang.

  • Hasil kajian yang perlu diterangkan dengan lebih panjang dan jelas. Jadinya, 2 atau 3 minit pertama jelaskan tentang pengenalan, metodologi dan kajian lepas, selebihnya 7 minit terangkan tentang hasil kajian kita.

7. Soalan penonton

  • Ini perkara yang paling menggerunkan. 😅 Jika ada penonton yang ingin bertanya, maknanya beliau berminat dengan kajian kita. Jika kita bole jawab, jawab dengan baik dan kemas. 

  • Tapi jika tidak boleh, kita boleh beritahu pada beliau dan mohon maaf pada beliau. 

  • Jangan risau jika kita tak dapat jawab, ini adalah satu proses untuk kita kaji dengan lebih mendalam.

Jika ada perkara lain yang ingin ditambah, boleh ditambah di bahagian komen. Ini hanya lah sebahagian info daripada pengalaman saya.


InsyaAllah jika ada yang lain, saya akan buat untuk post akan datang.


Mohon maaf jika ada kesilapan. Dan saya sedia terima sebarang teguran. Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga beroleh manfaat. Aamiin.


InsyaAllah pada post seterusnya, saya akan sambung lagi. Sebarang cadangan atau pertanyaan, boleh emel saya atau komen di bawah ini. 🤗


Terima kasih kerana sudi membaca. 😊😊

177 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page