Assalamualaikum,

Hari ini saya nak kongsi berkenaan kajian rintis atau bahasa omputihnya pilot test. Saya tak pasti kalau bidang lain sama macam sains sosial atau tak. Tapi kajian rintis yang saya akan jelaskan ini adalah kajian rintis yang dijalankan dalam kajian sains sosial.
Kepentingan:
Bertujuan untuk menguji soalan yang kita bina (selepas disahkan oleh pakar rujuk). Selain itu, tujuan kajian rintis adalah untuk mengkaji kesesuaian kumpulan responden yang disasarkan dengan soalan yang kita tujukan kepada mereka. . Kajian rintis Kualitatif:
i) Kebanyakan kajian rintis akan dijalankan jika pengkaji ingin menjalankan temubual.
ii) Sebelum ke kajian sebenar, pengkaji perlu menguji soalan kepada responden sebanyak sekali atau dua kali.
iii) Jika sekali sudah memadai, soalan itu berjaya difahami dan dijawab oleh responden, jawapan responden juga telah dianalisis, maka soalan itu boleh digunakan untuk kajian sebenar.
Kajian rintis Kuantitatif:
i) Kaedah pengumpulan data melalui soal selidik akan memerlukan kajian rintis.
ii) Sekurang-kurangnya seramai 30 orang responden perlu disasarkan untuk menguji tahap soalan yang dibina.
iii) Keputusan kajian rintis perlu dianalisis dan item yang tidak boleh digunapakai perlu dibuang.
Selepas kajian rintis dijalankan, keputusan kajian perlu dianalisis untuk memastikan sesuai atau tidak item soalan yang dibina itu. Perkara ini saya akan jelaskan pada post yang lain. Terima kasih atas kesudian untuk membaca perkongsian kali ini.
Sila share, like dan komen untuk penambahbaikan pada post akan datang.
Kommentare