top of page

Cikgu Izan

Semuanya tentang hijau 

'It's all about green'

Jurnal tempatan berpotensi

Writer's picture: Norizan HassanNorizan Hassan

Assalamualaikum.




Hari ini saya nak jelaskn serba sedikit berkenaan jurnal tempatan yang berpotensi dan boleh membantu pelajar yang baru berjinak dalam dunia penyelidikan.


Global Academic Excellence (GAE) salah satu penganjur untuk jurnal dan persidangan di Malaysia. Bila GAE anjurkan persidangan atau konferens, mesti mereka janjikan akan terbitkan dengan ISSN dan terbitkan di jurnal mereka. Walaupun jurnal tempatan, tapi itu sangat berbaloi dengan yuran yang dikenakan. Jurnal mereka juga indeks dengan Malaysia Citation Centre (www.myjurnal.my).


Sebagai seorang beginner, saya mencuba untuk menyertai jurnal anjuran GAE ni. Ada 6 jurnal di bawah GAE dan diterbitkn sebanyk 4 kali setahun (Mac, Jun, September dan Disember).

Artikel perlu dihantar melalui emel jurnal yang dipilih dan artikel akan disemak selama 1-2 minggu. Sebanyak RM250 yuran dikenakan.

Adakalanya kita perlu meraikan jurnal tempatan. Bukan jurnal scopus dan ISI tidak bagus, tetapi tidak salah untuk meramaikan lagi artikel di bawah jurnal tempatan. Boleh naikkan taraf penyelidikan dalam negara juga. 😊



*Gambar di atas merupakan sebahagian templat artikel yang belum siap lagi.

Untuk senarai jurnal di bawah GAE, boleh rujuk gambar di bawah ini:





58 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page