Assalamualaikum.

Harini saya nak kongsi sikit tentang kaedah kutip data dalam penyelidikan.
Dalam penyelidikan, salah satu kaedah kutip data adalah melalui temu bual. Ada 3 jenis. Iaitu:
1) Temu bual berstruktur
Temubual ni dijalankan berdasarkan soalan-soalan temu bual yang kita dah bina. Dan kita akan ikut tepat-tepat soalan yang kita dah bina. Tak perlu sebarang tambahan soalan ketika sesi temu bual dijalankan.
2) Temu bual tidak berstruktur
Temu bual ni tak ada sebarang soalan yang dibina. Temu bual dijalankan secara ala2 redah saja 😅. Tak perlukan sebarang struktur soalan. Kebanyakan yang buat cara ni dibuat masa kajian rintis (pilot test). Sebab nak kaji jenis kumpulan yang sesuai dan boleh ditemubual.
3) Temu bual separa berstruktur
Temu bual ni merupakan kaedah yang terbaik. Sebab sesi temu bual ini dijalankan mengikut soalan yang dibina dan kita boleh menambah soalan mengikut kesesuaian. Temu bual ini tidak perlukan soalan temu bual yang banyak, memadai dalam 8-10 soalan sebab kita boleh mencelah dan menambah soalan semasa sesi temu bual dijalankan.
InsyaAllah lepas ni saya akan kongsi serba sedikit berkenaan penyelidikan. Saya juga masih belajar dan saya harapkan pendapat dari sahabat semua. Jika sahabat ada soalan atau apa2 cadangan untuk saya kongsikan pada post lain, emel saya ya. InsyaAllah saya akan bantu dan usahakan. 😊
Semoga Allah permudahkan semua urusan kita. Aamiin.
Comments