top of page

Cikgu Izan

Semuanya tentang hijau 

'It's all about green'

Membina Model Kajian Penyelidikan

Writer's picture: Norizan HassanNorizan Hassan

Assalamualaikum,



Hari ini saya nak kongsikan berkenaan bagaimana nak bina model kajian kita sendiri. Mungkin pandangan saya sama seperti sahabat semua dan mungkin bercanggah. Saya harap sahabat semua dapat berkongsi dengan saya juga.

Model kajian kita terbina daripada:

1) Objektif kajian

  • Bergantung kepada objektif kajian kita. Jika objektif kita ingin membina sebuah model, kita akan kuarkan model berdasarkan perkara kedua yang akan saya jelaskan nanti.

  • Jika objektif kita ingin mengkaji ciri-ciri (contoh), hasil kajian tu akan terbina sebuah model bagi ciri-ciri.

2) Teori



  • Teori ni kita peroleh daripada kajian lepas iaitu bab kedua dalam tesis. Untuk peringkat phd, pelbagai teori kita boleh guna dan gabungkan dalam kerangka konseptual yang terletak di bab satu dalam tesis. 

  • Gambar di atas menunjukkan satu teori yang saya guna untuk kajian sarjana saya dulu. 

  • Tapi ni tahap master, kalau phd perlu gabung pelbagai teori dan masukkan dalam kerangka. 

  • Apa kepentingan kerangka konseptual kita?Sila lihat point 3.

3) Kerangka konseptual/teori

  • Kerangka ni merupakan panduan kita. Selalunya pengkaji akan buat bab dua (kajian lepas) dan kemudian baru buat kerangka. 

  • Kebanyakan kerangka adalah ringkas tetapi padat. 

  • Bila kita masuk dalam fasa kutip data, analisis data akan berpandukan kerangka ini. 

  • Sebagai contoh, di dalam gambar di atas, itu adalah aspek pengurusan wakaf yang dibina oleh pengkaji terdahulu. 

  • Jadinya, bila saya kutip data (kaedah temu bual), saya bina soalan temu bual dan saya akan ambil petikan kata-kata responden mengikut aspek-aspek yang ditunjukkan dalam kerangka. 

  • Walaupun begitu, ada juga kata-kata responden yang membolehkan kita membina aspek baru. 

  • Dan aspek baru ini lah yang dikatakan sebagai sumbangan (contribution) dalam kajian (untuk kajian saya ini sahaja, dan mungkin berbeza mengikut kajian masing-masing. 

  • Maka terbina lah penambahbaikan kerangka saya seperti yang saya tunjukkan dalam gambar di bawah ini.



4) Hasil kajian berbeza dengan kerangka konseptual

  • Ni pentingnya kerangka konseptual. 

  • Jika kita mengikut kerangka konseptual, kita akan mengikut jalan yang betul meskipun kadang data yang kita peroleh berbeza. 

  • Jangan bimbang jika ada data baru yang diperoleh dan tiada dalam kerangka konseptual, kita masih boleh cari teori berkenaan dan gabungkan dalam kerangka konseptual. 

  • Ni bertujuan untuk wujudkan keselarian dalam setiap bab. 

  • Ada sesetengah pengkaji akan menyiapkan bab 2, 3, 4 dan 5 terlebih dahulu, kemudian baru buat bab 1. 

  • Tapi untuk permulaan kajian, kita perlu ada satu kerangka konseptual yang boleh pandu kita dalam kajian.

5) Bentuk model kajian sendiri

  • Pembentukan model kajian ni berdasarkan hasil kajian kita.

  • Kita perlu bina daripada kerangka konseptual tetapi perlu lebih jelas dan terperinci. 

  • Pelbagai bentuk boleh dibina untuk melambangkan model kajian kita. 

  • Sebagai contoh, untuk garis panduan, model berbentuk bangunan boleh digunakan kerana ada falsafah tertentu di situ. 

  • Sebagaimana yang kita jelas, garis panduan adalah satu panduan dari awal hingga akhir. 

  • Begitu juga bangunan, dibina dari tapak tanah yang rata hingga meninggi ke atas. 

  • Jika bukan buat garis panduan, bentuk lain pon boleh digunakan seperti petak ke membulat ke. 

  • Tapi dengan syarat mesti berpandukan kerangka di bab satu. 

  • Tetapi di bab lima (cadangan model kajian sendiri), kita perlu jelaskan terperinci setiap point dari kerangka konseptual mengikut data hasil kajian kita.

Penjelasan saya ini tidak terhad pada yang ini sahaja. Saya percaya setiap kajian ada keunikan tertentu dan pengkaji dapat buat dengan baik. Penyelia kita juga merupakan guru yang terbaik dan pasti penyelia kita juga boleh membantu dalam hal kajian kita.


Saya mohon maaf jika penjelasan saya ini tidak dapat membantu sahabat semua, tetapi saya cuba sentiasa berkongsi banyak perkara untuk sahabat semua.


Boleh emel saya jika ingin saya jelaskan perkara-perkara tertentu. InsyaAllah saya akan cuba tolong dan kongsikan. Saya juga budak yang banyak perlu belajar, saya mohon sahabat semua tegur saya jika ada sebarang kesilapan yang saya buat. 😊

2,607 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page